Pada
zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau
hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui
serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata.
"Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia
dan batu, aku selalu menangis ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya
batu itu terlepas dari neraka.
Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam
keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis
lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu
aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur
dan gembira!!"
MORAL & IKTIBAR
-
Batu adalah juga makhluk Allah yang mempunyai perasaan
-
Batu menjadi bahan bakar api neraka selain manusia
-
Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan Allah
-
Orang yang kasyaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat
mendengar dan melihat perkara yang tersirat
-
Hati manusia seperti batu yang keras - sukar menerima nasihat dan petunjuk
kecuali mereka yang diizinkan
-
Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi. Menangis
kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan
nikmat kurniaan Allah
-
batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa dengan
manusia yang diberikan akal
-
Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah
-
Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar neraka seperti batu giling
Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar
tepung.
|