Tazkirah / Kisah & Teladan
TUKANG KASUT DAN RAJA
Home | Index
Seorang alim meminta tukang kasut menampal kasutnya yang koyak. Orang alim itu tidak mempunyai wang sebagai upah kepada tukang kasut. Sebagai ganti dia hendak mengajarkan satu ilmu agama kepadanya. Tukang kasut itu tidak bersetuju dan tetap hendakkan wang sebagai upah.

Di negeri yang sama, seorang raja menyerahkan anaknya kepada Tok Guru untuk mendalami ilmu agama. Bertahun-tahun anaknya belajar di pondok Tok Guru tetapi tidak dapat apa-apa kecuali mahir dalam satu bab saja iaitu Bab Haid. Apabila Raja mengetahui anaknya mahir dalam agama walau satu bab sahaja, dia menyerahkan semua hartanya kepada si-anak tadi.

MORAL & IKTIBAR

  • Orang yang mengasihi dunia lebih suka mendapat ganjaran yang sedikit daripada dunia
  • Peminat dunia tidak begitu menghargai nilai ilmu agama Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Dalam hal ini tukang kasut tidak dapat hidayah Allah
  • Akal manusia tidak dapat menilai suatu yang baik hanya berdasarkan kepada logik akal tanpa merujuk kepada ajaran agama
  • Mereka yang dapat menilai kepentingan ilmu berasa bertuah meskipun hanya dapat satu ilmu saja kerana nilai di sisi Allah adalah amat besar
  • Wang ringgit akan habis tetapi ilmu agama kekal sebagaimana kekalnya akhirat. 
  • Wang ringgit bukan menjadi ukuran keredhaan Allah
  • Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya
  • Bukan semua orang miskin menyintai agama, dan bukan semua orang kaya menyintai dunia

Created On  Jan 29, 2001
Drpd Al Zubir Rusinin, P/S 422, Kundasang 89307 Ranau Sabah Malaysia