Tazkirah / Kisah & Teladan
SOLAT TAHYAT MASJID
Home | Index
Selepas Jibril melakukan pembedahan ke atas Nabi, maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah. Sebentar kemudian, Nabi pun sampai di Kota Thaibah yang sekarang dipanggil Madinah. Di sini baginda bersama Jibril turun untuk melakukan solat sunat dua rakaat. Jibril menerangkan bahawa di sinilah tempat Nabi Muhammad akan berhijrah. Seterusnya baginda berhenti di Madain, tempat Nabi Musa mendengar kalam Allah yang qadim. Selepas itu Nabi Muhammad berhenti di Baitul Laham, tempat Nabi Isa dilahirkan. Begitu juga apabila sampai di Baitul Maqdis, Nabi Muhammad bersua dengan para nabi terdahulu. Nabi Muhammad diberi kehormatan mengimami solat jemaah.

MORAL & IKTIBAR

  • Jika kita dalam musafir seeloknya kita singgah di masjid-masjid untuk mengambil keberkatan.
  • Masjid adalah 'rumah Allah' yang merupakan tempat turunnya rahmat Allah. Melakukan solat sunat tahiyatul masjid adalah untuk memuliakannya.
  • Adalah sunat bagi musafir memulakan perjalanan dari masjid dan semasa kembali singgah di masjid untuk melakukan solat tahyat masjid sebelum balik ke rumah.
  • Menziarahi orang-orang soleh adalah satu amal kebajikan kerana para solihin dan aulia adalah kekasih Allah.
  • Sekiranya hendak bermusafir, eloklah jangan bersendirian. Carilah kawan untuk dijadikan teman perjalanan.

Created On  Jan 29, 2001
Drpd Al Zubir Rusinin, P/S 422, Kundasang 89307 Ranau Sabah Malaysia