Ibnu
Al-Mubarak telah berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah
budinya dalam satu perjalanan. Namun dia terus pergaulinya dan berjalan
bersamanya, walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang
kurang menyenangkan itu. Detik berpisah akhirnya tiba. Ibu Mubarak
menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan
"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya
dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."
MORAL & IKTIBAR
-
Buatlah kawan dengan siapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan
silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah
-
Bersabar dalam pergaulan suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan
satu kebajikan yang lain.
-
Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang seia dan sekata amat sukar
-
Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki
hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)
-
Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi
Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.
-
Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tapi bersimpatilah
di samping cuba untuk mengubah kelakuannya
-
Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq
dan hidayat adalah di tangan Allah
-
Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk
menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.
|