Tazkirah / Kisah & Teladan
HIKMAT BERCAKAP BENAR
Home | Index
(FARDHU AIN, DIDIK (BIL 257), 15-21 NOV. 1999)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Haqim menceritakan bahawa pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah kerana hendak memeluk Islam.

Sesudah mengucap Dua Kalimah Syahadah, lelaki itu lalu berkata: "Ya Rasulullah, sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan susah hendak meninggalkannya."

Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong."

"Ya saya berjanji," jawab lelaki itu. Selepas itu dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya ialah mencuri, berjudi dan meminum  minuman keras.

Setelah memeluk Islam, dia sedaya upaya berusaha untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat daripada Rasulullah.

Setiap kali hatinya terdorong hendak berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek, "Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya."

Pada masa yang sama juga dia teringat pesan Rasulullah dan setiap kali itulah hatinya berkata: "Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku kepadanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar, bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh... Tuhan sesungguhnya pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang amat berharga" katanya dalam hati.

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya iaitu melakukan kejahatan itu.

Menurut hadis itu lagi, sejak hari itu, bermulalah babak baru dalam kehidupan lelaki itu. Dia telah berhijrah daripada kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah. Akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

 

Home | Index
Created On  Feb 1, 2001
Drpd Al Zubir Rusinin, P/S 422, Kundasang 89307 Ranau Sabah Malaysia