Tazkirah / Kisah & Teladan
IMAM BUKHARI
Home | Index
Mari kita menghayati kisah Imam Bukhari, ulama terkenal.
Imam Bukhari yg terkenal cerdik di zamannya telah menghafal isi kandungan kitab karangan Ibnu Mubarak dan Wagi'(guru Iman Syafi'I) ketika berumur 16 tahun. Dan ketika berumur 18 tahun beliau mula menulis menulis kitab mengenai Hadis dari perawi Hadis yg lain. Beliau diumpamakan seperti "lautan Hadis' di kalangan ulama Hadis di zamannya. Kelebihannya bukanlah hanya beliau menghafal banyak Hadis, tetapi beliau juga memahami segala kehendak Hadis tersebut secara terperinci dan mendalam. Beliau bukan sahaja mengingat setiap Hadis dengan perawi atau sanadnya sekali, malah beliau dapat menghurai sifat dan peribadi para perawi Hadis itu sehingga dapat dikenal pasti martabat Hadis itu dengan tepat
Pernah berlaku dalam satu majlis di Kota Basrah, beliau telah diminta untuk menghuraikan Hadis-Hadis yang tersemat dalam ingatannya dan mereka menyalinnya ketika itu juga. Antara Hadis-Hadis yang dibacanya ialah Hadis dari sanad ahli-ahli Hadis Basrah sendiri, tetapi ulama-ulama yang hadir pada majlis itu tidak pernah mendengar hadis-hadis dan sanad-sanad yang disampaikan itu.

Sahabat-sahabat sepengajiannya pernah bertanya kepadanya "Mengapa kami tidak pernah melihat engkau mencatat Hadis-Hadis yang kita pelajari?" Lalu Imam Bukhari meminta sahabatnya itu membawanya Hadis yang dicatatkan untuk beliau membacanya. Setelah dibawakan catatan Hadis itu kepadanya, beliau membaca Hadis itu tanpa melihat catatan tersebut. Seorang sahabatnya yang bernama Hasyid Bin Ismail berkata "Hadis yang dibaca oleh imam Bukhari itu berjumlah 15,000 Hadis dan ketika beliau membaca Dari ingatannya itu kami dapat membetulkan kesilapan-kesilapan yang ada dalam catatan kami."

Setelah sesi membaca hadis itu tamat, Imam Bukhari berkata kepada kawan-kawannya. "Sekarang adakah kamu masih menyangka aku telah mensia-siakan masa ku selama ini tanpa mencatat Hadis" Begitulah kehebatan ulama Hadis yang ulung ini. Kecekapannya menghafal Hadis amat luar biasa sehingga beliau diberi gelaran 'Al Hafizul Aula' yang bermaksud' penghafal yang utama' Beliau adalah ahli Hadis yang melakukan pengumpulan Hadis dari seluruh dunia Islam yang tidak pernah dilakukan oleh Ulama Hadis yang lain. Beliau cukup teliti untuk memastikan kesahihan sesebuah Hadis dan sanggup menempuh perjalanan yang jauh demi mendapatkan sebuah hadis.

 

Home | Index
Created On  Feb 1, 2001
Drpd Al Zubir Rusinin, P/S 422, Kundasang 89307 Ranau Sabah Malaysia