Tazkirah / Kisah & Teladan
RAHMAT ALLAH S.W.T. DAN DOA PARA MALAIKAT
Home | Index
Seorang telah mengunjungi Hazrat Abu Umamah r.a. lalu berkata kepada beliau: "Bahawa aku melihat dalam mimpi apabila tuan masuk dan keluar atau berdiri ataupun duduk dalam setiap keadaan para malaikat berdoa kepada tuan." Sebagai menjawab Abu Umamah r.a. Berkata: "Untuk anda juga mereka boleh berdoa jika anda kehendaki." Lalu beliau membaca ayat berikut:-

"Wahai orang-orang beriman berzikirlah (dengan menyebut nama) kepada Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang. Dialah memberi rahmat kepadamu dan MalaikatNya (memohon keampunan untukmu) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia maha penyayang kepada orang-orang yang beriman." [Surah Al-Ahzab : 41, 42 dan 43].

Keterangan : Ayat-ayat yang tersebut di atas menunjukkan bahawa rahmat ALLAH S.W.T. dan doa para malaikat adalah bergantung daripada zikrullah yang kamu kerjakan. Yakni banyak mana yang kamu mengingat maka sebanyak itu kamu akan diingat.


Created On  Jan 29, 2001
Drpd Al Zubir Rusinin, P/S 422, Kundasang 89307 Ranau Sabah Malaysia