Tazkirah / Kisah & Teladan
MARAH
Home | Index
Imam Ghazali berkata: "Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya  lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."

Tapi bagaimana Rasulullah SAW apabila beliau marah? Kemarahannya adalah kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan do'anya ini, iaitu:

"Aku pohonkan kepada Engkau kalimat kebenaran pada masa marah dan suka." 

Maksudnya, Rasulullah saw tidak berkata kecuali yg benar saja sama ada waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah saw kerana ada perkara yg tidak disukai yg menyalahi dari yg benar sebagaimana yg diajarkan agama atau yg terang-terang dilarang oleh agama.

[Kitab Matan al-Arba'in - Sheikh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi]


Created On  Jan 29, 2001
Drpd Al Zubir Rusinin, P/S 422, Kundasang 89307 Ranau Sabah Malaysia