Tazkirah / Kisah & Teladan
14 AZAB JIKA LALAI SOLAT
Home | Index
(FARDHU AIN, DIDIK (BIL 257), 15-21 NOV. 1999)

Tersebut dalam kitab "Irsyadul Ibad Wasabillirrasyad" oleh Sheikh Zainuddin al-Malabari bahawa sesiapa yang meninggalkan solat lima waktu akan dihukum oleh ALLAH dengan 14 jenis siksaan iaitu lima siksaan di dunia, tiga ketika hendak mati, tiga di alam kubur dan tiga lagi ketika keluar dari kubur.

Lima siksaan dunia ialah:-

  1. dicabut berkat umurnya (hidup susah dan tidak akan damai).
  2. dihapuskan tanda orang soleh dimukanya (wajah tidak ada cahaya atau hilang seri muka).
  3. setiap amalan kebajikan yang dilakukan tidak diberi pahala oleh Allah.
  4. doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.
  5. tidak tergolong ke dalam golongan mukmin yang mendapat bahagian daripada doa orang soleh.
Tiga siksaan ketika hendak mati
  1. mati hina.
  2. mati dalam kelaparan.
  3. mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat sehingga kalau diberi air selautan tidak dapat menghilangkan dahaga itu.
Tiga siksaan dalam kubur ialah
  1. disempitkan kuburnya sehingga tulang rusuknya berceragah.
  2. dinyalakan api di dalam kubur untuknya, maka dia bergelumang di dalam api itu siang dan malam.
  3. datang mengigit ular yang bernama Syuja, matanya dari api neraka dan kukunya daripada besi panas neraka dan menggigit setiap ketika sehinggalah hari kiamat.
Tiga siksaan semasa keluar dari kubur untuk ke akhirat ialah
  1. diberatkan hisab (banyak soal jawab).
  2. dimurkai oleh Allah.
  3. dimasukkan ke dalam neraka.
 

Home | Index
Created On  Feb 1, 2001
Drpd Al Zubir Rusinin, P/S 422, Kundasang 89307 Ranau Sabah Malaysia