Perlembagaan Kelab
 Mengandungi 18 dasar
 
Usahawan Muda
Home | Index
Kandungan


PERATURAN 1 :
NAMA ALAMAT BERDAFTAR DAN SURAT MENYURAT
1.1 Pertubuhan ini dikenali dengan nama ''KELAB USAHAWAN MUDA KUNDASANG RANAU'' dan selapas ini disebut ''KELAB''.
1.2 Alamat berdaftar ialah :-
 TINGKAT 1, BLOCK B, LOT NO. 2
KUNDASANG SEDCO CEMPLEX
 Atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa Kelab.
1.3 Alamat surat menyurat ialah:-
 PETI SURAT NO. 594,
89308 RANAU SABAH
1.4 Sebarang perubahan kepada alamat berdaftar dan alamat surat menyurat, hendaklah mendapat kebanaran bertulis daripada pertubuhan.

Top ^

PERATURAN 2 :
LAMBANG / LOGO KELAB

2.1 Pada keseluruhannya lambang/logo kelab dilukiskan dari huruf U dan berwarna biru dan hitam di bahagian tepi yang digabung-jalinkan.
 Di tengahnya terdapat satu bintang yang mempunyai lapan bucu berwarna merah di bahagian luar dan kuning di dalamnya adalah salah satu objek yang sering digunakan dalam senibina Islam.
2.2 Huruf "U" dan "M" adalah singkatan daripada perkataan "Usahawan Muda" iaitu nama kelab dan bintang lapan bucu itu bermaksud tujuan dan sasaran kelab yang bermatlamat untuk membina dan melahir usahawan yang berkualiti dan mementingkan budaya  kerja yang cemerlang.
2.3 Warna biru memberi makna perpaduan, kerjasama saling membantu antara ahli-ahli dan Kelab. Dan warna merah maknanya keberanian, tegas, bersungguh dan komitmen ahli dan kelab. Manakala warna hitam membawa makna kegigihan ahli-ahli dalam mencapai cita-cita dan tujuan kelab.

Top ^

PERATURAN 3 :
ASAS-ASAS DAN TUJUAN-TUJUAN KELAB
3.1 Pada keseluruhannya asas-asas dan tujuan-tujuan kelab ialah untuk menyatukan kalangan usahawan, bakal usahawan dan mereka yang berminat dibidang keusahawanan. kelab akan berperanan untuk memupuk semangat kerjasama serta saling bantu membantu dan akan berfungsi sebagai satu organisasi yang akan:-
 3.1.1 Menyatukan ahli-ahli dalam sebuah organisasi yang bermatalamat untuk membina dan melahir usahawan.
 3.1.2 Memupuk minat ahli-ahli Kelab di bidang keusahawanan.
 3.1.3 Mendidik, melatih dan membimbing ahli-ahli untuk memperolehi kemahiran dan pengalaman di bidang keusahawanan.
 3.1.4 Mencari dan mengenal pasti peluang-peluang keusahawan untuk diceburi oleh ahli-ahli.
 3.1.5 Kelab sendiri menceburi lapangan keusahawanan untuk dijadikan model kepada ahli-ahli.
 3.1.6 Kelab boleh memiliki harta tetap dan tidak tetap, menerima sumbangan dari orang perseorangan, menubuh syarikat- syarikat bagi tujuan perniagaan dan perusahaan untuk menjalankan aktiviti Kelab dan tabung kewangan Kelab.
  "Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh kelab ini hasil dari penyartaan dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan kelab ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau kentungan akan digunakan untuk membayar faedah keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli kelab. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja kelab ini''.
 3.1.7 Mengadakan khidmat nasihat kepada ahli-ahli yang ingin menceburi lapangan keusahawanan.
 3.1.8 Melahirkan usahawan-usahawan yang berkualiti dan menitik berat mutu kerja cemerlang.

Top ^

PERATURAN 4 :
 KEAHLIAN KELAB
4.1 Keahlian kelab adalah terdiri daripada dua jenis iatu:-
 4.1.1 Ahli biasa ialah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang baru menceburi bidang  perniagaan.
 4.1.2 Ahli kehormat ialah mereka yang difikirkan dapat memberi nasihat dan sumbangan bermakna kepada kelab. Ahli kehormat hendaklah dilantik oleh jawatan kuasa kelab menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Ahli Kehormat tidak dibenarkan memegang jawatan sebagai pegawai Kelab dan hak mengundi.
4.2 Permohonan menjadi ahli biasa hendaklah dengan mengisi borang permohonan menjadi ahli Kelab dengan dicadang dan disokong oleh dua orang ahli (seorang menyokong dan seorang mencadang) dan dihantar kepada Setiausaha yang akan mengemukan secepat mungkin permohonan itu untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab. Jawatankuasa Kelab boleh dengan budibicaranya menolak sebarang permohonan menjadi ahli tanpa memberi sebab- sebabnya.
4.3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang disebutkan di atas, hendaklah membayar yuran pendaftaran dan yuran tahunan pertama seperti yang ditentukan. Ianya diterima menjadi ahli kelab dan berhaklah ia sebagai seorang ahli.
4.4 Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli kelab ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Cancelor Universiti berkenaan.

Top ^

PERATURAN 5 :
BAYARAN MASUK, YURAN-YURAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN
5.1 Bayaran masuk (pendaftaran) dan yuran tahunan yang perlu dibayar adalah seperti berikut:-
 5.1.1 Bayaran masuk RM50.00
 5.1.2 Bayaran tahunan RM240.00
 5.1.3 Ahli Kehormat tidak dikenakan apa-apa yuran.
5.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari Kelab terlebih dahulu dalam masa 15 hari dari awal tiap-tiap tahun.
5.3 Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua tahun akan menerima Surat Peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Kelab dan hilang hak-hak sebagai seorang ahli sehingga hutang yurannya dijelaskan.
5.4 Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada tiga tahun berturut-turut dengan sendirinya akan terhenti daripada menjadi ahli Kelab dan Jawatankuasa boleh memerintahkannya supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
5.5 Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula kepada mereka yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan oleh hutang.
5.6 Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang ditentukan boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli. Sekiranya ada ahli yang tidak membayar yuran tersebut dalam masa yang ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

Top ^

PERATURAN 6 :
PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
6.1 Ahli yang berhenti daripada menjadi ahli Kelab hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Kelab dan membayar segala hutang-hutangnya.
6.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik Kelab, bolehlah dipecat atau digantungkan keahliannya dalam tempoh yang difikirkan menasabah oleh Jawatankuasa Kelab. Sebelum Jawatankuasa Kelab memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli itu hendaklah diberi peluang menerang dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksana, melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atau rayuan oleh ahli itu.

Top ^

PERATURAN 7 :
BAYARAN MASUK, YURAN-YURAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN
7.1 Pengelolaan Kelab ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah Ahli Jawatankuasa, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (kuorum) untuk bermesyuarat.
7.2 Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk bermesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan kuorum tidak cukup juga selapas setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Kelab dan membuat keputusan yang melibatkan ahli.
7.3 Mesyuarat Agung tahunan kelab hendaklah diadakan secepat mungkin setelah berakhir tahun kewangan tetapi tidak lewat dari ___________________ pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda mesyuarat agung tahunan Kelab hendaklah meliputi:-
 7.3.1 Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat Agung Tahunan yang lepas.
 7.3.2 Menerima dan mengesahkan laporan tahunan.
 7.3.3 Menerima laporan Bendahari mengenai Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun sudah.
 7.3.4 Memilih Ahli-Ahli Jawatankuasa Kelab untuk tempoh 2 tahun akan datang.
 7.3.5 Memilih Pemeriksa Kira-Kira / Juru Audit untuk tempoh 2 tahun akan datang.
 7.3.6 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan dala mesyuarat agung itu.
7.2 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurang 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan, satu agenda termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta dengan Penyata Kira-Kira Kelab bagi tahun lalu yang telah diauditkan. Salinan surat-surat juga hendaklah dibekalkan untuk bacaan oleh ahli-ahli di alamat berdaftar Kelab atau di tempat akan diadakan mesyuarat atau di tempat yang difikirkan perlu.

Top ^

PERATURAN 8 :
BAYARAN MASUK, YURAN-YURAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN
8.1 Mesyuarat Agung Khas Kelab ini boleh diadakan :-
 8.1.1 Bila difikirkan mustahak dan perlu oleh Jawatankuasa Kelab, atau
 8.1.2 Atas permintaan beramai-ramai secara bertulis oleh ahli dan  bertandatangan tidak kurang 1/3 daripada jumlah ahli menarangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab hendak diadakan menyurat  agung khas itu . permintaan  hendaklahdihantar kepada setiausaha kelab.
8.2. Mesyuarat agung khas yang diminta oleh ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh 30 hari atau kurang dari tarikh  menarima permintan mesyuarat  itu .
8.3. Notis atau agenda untuk mesyuarat agung khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyurat.
8.4 Peraturan 7.1 dan 7.2 dalam undang-undang ini, berkenaan dengan korum dan penangguhan mesyuarat agung tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat agung khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selapas setanga jam dari waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat agung khas atas permintaan daripada ahli, maka mesyuarat agung khas itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam bulan dari tarikh itu, mesyuarat agung khas atas permintaan ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
8.5 Setiusaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap mesyuarat agung khas dengan seberapa segara yang boleh setalah  selasai mesyuarat diadakan.

Top ^

PERATURAN 9
AHLI JAWATAN KUASA  KELAB
9.1 Satu jawatan kuasa yang dinamakan pegawai kelab adalah seperti berikut:-
 9.1.1 Seorang Pengerusi
 9.1.2 Seorang Timbalan Pengerusi
 9.1.3 Dua orang Naib Pengerusi:-
  a. Naib Pengerusi 1 (LELAKI)
  b. Naib Pengerusi 2 (PEREMPUAN)
 9.1.4 Seorang  Setiausaha
 9.1.5 Seorang Penolong Setiausaha
 9.1.6 Seorang Bendahari
 9.1.7 Enam Ahli Jawatan Kuasa dipilih dalam mesyuarat agung tahunan kelab.
 9.1.8 Dua orang Ahli Jawatankuasa dilantik oleh pengerusi dengan persetujuan jawatankuasa
9.2 Pemagang-Pemagang jawatan dalam kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas mentadbir dan mengurus dalam kelab ini hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia.
9.3 Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib-Naib pengerusi dan enam orang ahli Jawatankuasa seperti 9.1.7 hendaklah dipilih tiap-tiap dua tahun sekali dalam mesyuarat agung tahunan.
9.4 Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan dua orang Jawatankuasa seperti 9.1.8 hendaklah dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa dan akan memegang jawatan mereka selama dua tahun kecuali mereka diberhentikan.
9.5  Jawatan Ahli-Ahli Jawatankuasa tidak menjadi kosong disebabkan seseorang ahli itu telah dilantik menjadi pegawai kelab mengikut fasal 9.3.
9.6 Jawatankuasa Kelab hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekli atau:-
 9.6.1 Pada bila-bila masa apabila dikehandaki oleh pengerusi atau:-
 9.6.2 Dengan permintaan secara bertulis daripada satu pertiga Ahli Jawatankuasa Kelab.
9.7  Jika Setiausaha tidak memanggil untuk bermasyuarat mengikut fasal 9.5.2 dalam tempoh dua minggu dari tarikh permohonan itu dibuat, maka ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Jawatankuasa dijemput hadir.
9.8  Satu perdua daripada bilangan Ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup kuorum bagi menjalankan mesyuarat.
9.9 Ahli-ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang  munasabah akan disifatkan sebagai telah meletak jawatannya  sebagai Ahli Jawatankuasa.
9.10 Jika seseorang Ahli Jawatankuasa yang dipilih tidak lagi memegang jawatannya, maka jawatan itu tidak boleh diganti.
9.11 Jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan maka Timbalan Pengerusi akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Pengerusi itu berhenti atau diberhentikan maka salah seorang Naib Pengerusi terkanan akan dilantik memangku jawatan itu dan jika salah seorang Naib Pengerusi yang memangku jawatan itu berhenti atau diberhentikan maka seorang lagi Naib Pengerusi akan memangku jawatan itu dan sekiranya kedua-dua  Naib pengerusi berhenti atau diberhentikan salah seorang ahli jawatankuasa boleh dilantik memangku jawatan itu.
9.12 Jika Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau Naib-naib Pengerusi tidak hadir didalam mesyuarat jawatankuasa, Jawatankuasa itu boleh melantik salah seorang Ahli Jawatankuasa untuk menjadi Pengerusi mesyuarat itu.
9.13 Jika timbul perkara-perkara mustahak yang berkehendak keputusan segera dari Jawatankuasa Kelab dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiusaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada Ahli-ahli Jawatankuasa dengan surat-surat pekeliling. Syarat-syarat berikut hendaklah disempurankan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai diterima:-
 9.13.1 Masalah   yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang dalam Surat Pekeliling yang dihantar kepada Ahli jawatankuasa.
 9.13.2 Sekuang-kurangnya satu perdua daripada jumlah Ahli jawatankuasa menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu atau;
 9.13.3 Keputusan hendaklah dengan undi terbanyak. Sebarang keputusan yang di dapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh setiausahsa kepada mesayuarat jawatankuasa kemudiannya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
9.14 Nama- nama Jawatankuasa yang dipilih dalam mesyuarat agung hendaklah dicadang dan disokong dan pemilihan dijalankan 2 tahun sekali dengan cara mengundi oleh Ahli-ahli di dalam mesyuarat agung tahunan. Semua Jawatankuasa boleh dilantik semula setiap dua tahun sekali.
9.15 Jawatankuasa Kelab boleh menubuhkan jawatankuasa. Jawatankuasa kecil / biro-biro jika difikirkan mustahak dan memberi kewajipan-kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa.

Top ^

PERATURAN 10:
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN TANGGUNGNGJAWAB PEGAWAI KELAB
10.1 Pengerusi
 Pengerusi, dalam masa menyandang jawatannya hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kelab serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan ia hendaklah mendatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.
10.2 Timbalan Pengerusi
 Membantu tugas-tugas  Pengerusi Kelab dan memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
10.3 Naib-naib Pengerusi;
Membantu tugas-tugas Pengerusi Kelab dan salah seorang Naib Pengerusi Terkanan hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya Naib Pengerusi (wanita) hendaklah menjaga hal ehwal ahli-ahli wanita.
10.4 Setiausaha
Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran Kelab mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah dan keputusan Mesyuarat-mesyuarat agung dan Jawatankuasa. ia bertangungjawab menguruskan hal-hal surat mesyuarat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan.
 Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa 28 hari dari tarikh mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim penyata tahunan kelab kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14/1 Akta pertubuhan.
 Setiausaha hendaklah menyerahkan maklumat Kelab kepada Setiausaha yang baru sekira tidak dilantik atau dilucutkan jawatannya.
10.5 Penolong Setiausaha
 Membantu tugas-tugas Setiausaha Kelab dan memangku jawatan Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha.
10.6 Bendahari
 Bertanggungjawab ke atas kesampurnaan perjalanan dan urusan kewangan Kelab.
 Bendahari hendaklah menyedia dan membentang Penyata Kira-kira Kewangan tahunan yang telah disahkan oleh pemeriksa kira-kira di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab dan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kelab.
 Menandatangni semua cek-cek Kelab bersama-sama pengerusi atau Setiausaha Kelab.
10.7 Ahli-ahli Jawatankuasa
 Hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Kelab dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dan Jawatankuasa Kelab dari semasa ke semasa.

Top ^

PERATURAN 11:
KEWANGAN KELAB
11.1 Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan berikut bagi peraturan ini, wang kelab boleh digunakan untuk perkara-perkara berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan kelab termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji dan upah atau imbuhan kepada pemeriksa kira-kira.
11.2 Bagaimana wang kelab tidak boleh digunakan untuk kepentingan jawatankuasa seperti membayar denda ahli yang dijatuhkan oleh mahkamah atau sebagainya.
11.3 Bendahari bolehlah menyimpan wang runcit ditangan tidak lebih daripada RM200.00 (Ringgit: Dua ratus ringgit sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mesti disimpan di dalam bank yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa. Akaun bank hendaklah atas nama Kelab.
11.4 Segala cek-cek atau sebarang kenyataan pengeluaraan wang daripada akaun Kelab hendaklah ditandatangi oleh dua daripada tiga orang yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Kelab.
11.5 Perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 (RM lima ratus ringgit sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa  kelulusan terlebih dahulu oleh mesyuarat jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00 (RM Lima ribu sahaja) tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM500.00 (RM lima ratus ringgit sahaja) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh pengerusi bersama setiauasaha dan Bendahari.
11.6 Penyata wang yang diterima dan dibelanja berserta imbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendaharai dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira.

Top ^

PERATURAN 12:
PEMERIKSA KIRA-KIRA
12.1 Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam mesyuarat Agung tahunan sebagai pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.
12.2 Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa Kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untum mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit Kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

Top ^

PERATURAN 13:
PENGAMANAH
13.1 Tiga orang pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani satu Surat Amanah (Deed of Trust).
13.2 Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik, ataupun memindahkan hak milik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat Agung Pertubuhan.
13.3 Seorang pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seorang pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh pengamanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat Agung.

Top ^

PERATURAN 14:
TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
14.1 Di antara mesyuarat-mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
14.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat Agung Tahunan Kelab. Keputusan Jawatankuasa terhadap ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat Agung tahunan Kelab.

PERATURAN 15:
PENASIHAT / PENAUNG
15.1 Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat / Penanung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

Top ^

PERATURAN 16:
LARANGAN-LARANGAN
16.1 Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam pejabat atau rumah milik Kelab iaitu raulette, lotto, fan tan, poh, pen bin, belankai, pai kau, tau ngau, tien kow, chap ji kee, sam cheong, dua puluh satu, tiga puluh satu, sepuluh dan setengah, semua permainan dadu, bankers, game dan semua permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata.
16.2 Kelab atau ahli dilarang dengan apa cara-cara mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.
16.3 Kelab tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli atau tidak, atas nama Kelab atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak yang berkenaan.
16.4 Faedah-faedah seperti diterangkan seperti di bawah seksyen Dua Akta Pertubuhan 1966 tidak boleh diberikan oleh Kelab kepada mana-mana ahli Kelab.

Top ^

PERATURAN 17:
LARANGAN-LARANGAN
Undang-undang ini tidak boleh diubah kembali kecuali dengan keputusan mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan mesyuarat Agung meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai dari tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

PERATURAN 18:
PEMBUBARAN KELAB
18.1 Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah ahli yang hadir dan berhak mengundi dalam suatu mesyuarat Agung yang dipanggil kerananya.
18.2 Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan bakinya yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat Agung itu.
18.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran ini hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarik pembubaran ini.

Top ^

Home | Index


Created On  Feb 1, 2001
Drpd Al Zubir Rusinin, P/S 422, Kundasang 89307 Ranau Sabah Malaysia