![]() |
Haiwan
juga adalah makhluk Allah yang juga mempunyai perasaan seperti kita. Yang
membezakan ialah kita mempunyai akal tetapi haiwan tidak. Haiwan tidak
dapat membezakan antara betul dan salah tetapi mereka mempunyai naluri
yang Allah berikan untuk meneruskan perjalanan hidupnya. Oleh sebab ia
sama makhluk Allah seperti kita, perlulah kita bersikap belas dan kasihan
terhadapnya.
Dalam satu riwayat diceritakan seorang lelaki berasa sangat dahaga setelah jauh berjalan di padang pasir. Di tengah jalan dia berjumpa sebuah perigi. Airnya cetek dan jauh ke bawah. Dia terpaksa turun untuk mendapatkan sedikit air buat menghilangkan dahaga. Lelaki itu naik ke atas semula selepas minum beberapa teguk. Tiba-tiba di tebing perigi itu, dia ternampak seekor anjing yang kelihatan tidak bermaya kerana kehausan. Lelaki itu dapat merasakan betapa hebatnya penderitaan anjing itu lantaran terlalu haus. Dia amat bersimpati kepada anjing itu. Walaupun masih keletihan, lelaki itu berikhtiar untuk memberi minum kepada anjing yang haus itu. Dia turun kembali ke dalam perigi lalu memenuhkan kasutnya dengan air. Selepas itu, dia pun naik semula ke atas sambil menggigit kasut yang berisi air itu. Sampai di atas, lelaki itu pun menghulurkan air itu untuk diminum oleh anjing. Di atas layanan yang baik dan sifat belas kesihannya terhadap anjing itu, ALLAH SWT memberikan keampunan di atas dosa-dosanya yang lalu. MORAL & IKTIBAR
|
|