Seorang
telah mengunjungi Hazrat Abu Umamah r.a. lalu berkata kepada beliau: "Bahawa
aku melihat dalam mimpi apabila tuan masuk dan keluar atau berdiri ataupun
duduk dalam setiap keadaan para malaikat berdoa kepada tuan." Sebagai menjawab
Abu Umamah r.a. Berkata: "Untuk anda juga mereka boleh berdoa jika anda
kehendaki." Lalu beliau membaca ayat berikut:-
"Wahai orang-orang beriman berzikirlah (dengan menyebut nama) kepada
Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadaNya di waktu
pagi dan petang. Dialah memberi rahmat kepadamu dan MalaikatNya (memohon
keampunan untukmu) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya
(yang terang). Dan adalah Dia maha penyayang kepada orang-orang yang beriman."
[Surah Al-Ahzab : 41, 42 dan 43].
Keterangan : Ayat-ayat yang tersebut di atas menunjukkan bahawa rahmat
ALLAH S.W.T. dan doa para malaikat adalah bergantung daripada zikrullah
yang kamu kerjakan. Yakni banyak mana yang kamu mengingat maka sebanyak
itu kamu akan diingat.